KRI Hasanuddin (333)
KRI Hasanuddin (333)

KRI Hasanuddin (333)

KRI Hasanuddin (333) merupakan kapal perang tentera laut Indonesia jenis kapal peronda friget yang kini telah dilucut tauliahkan. Ia telah digunakan sebagai sasaran ujuan peluru berpandu hidup. Mula-mula dengan menggunakan Exocet (MM-38), kemudian Harpoon, dan disusuli oleh SUT. Ia kemudiannya digantikan dengan kapal korvet SIGMA.Kapal KRI Hasanuddin milik Indonesia merupakan kapal jenis peronda friget kelas Hasanuddin (RN Tribal). KRI Hasanuddin memenuhi keperluan Indonesia dan berperanan mempertahankan Indonesia dari kapal-kapal musuh. KRI Hasanuddin dibina oleh Devonport Dockyard, United Kingdom. Ia dilancarkan pada 1962 sebagai HMS Tartar (F133)[1] dan dibeli oleh tentera Indonesia pada tahun 1986.Kapal lain dalam kelas yang sama adalah KRI Martha Cristina Tiahahu, KRI Wilhelmus Zakarias Yohannes dan KRI Hasanuddin.KRI Hasanuddin mempunyai 268 orang anak kapal termasuk pegawai. KRI Hasanuddin dilengkapi untuk misi rondaan umum.Kapal KRI Hasanuddin sepanjang 109.73 m; 12.95 meter lebar * 3.8 meter ( 360kaki panjang * 42.5kaki * 12.5kaki) mempunyai kelajuan bertempur pada 24 knot. KRI Hasanuddin mempunyai seseran 2,700 tan penuh.Rekabentuk kapal membenarkan tatarajahnya ditukar bagi menerima pelbagai sistem persenjataan dan pengesan untuk memenuhi keperluan operasi yang berkembang bagi angkatan tentera Indonesia.